Default Banner

TAMAN TASIK TITIWANGSA

Utama / Fasiliti Awam / Taman Awam / TAMAN TASIK TITIWANGSA

Taman Tasik Titiwangsa yang terletak di Jalan Kuantan merupakan sebuah kawasan riadah yang berada di timur laut Kuala Lumpur, Malaysia. Ia mempunyai sebuah taman di tepi tasik dan mempunyai kemudahan beriadah seperti trek basikal, trek joging, taman permainan kanak-kanak, aktiviti rekreasi air, menunggang kuda,dan ‘water play area’. Terdapat juga gelanggang tenis, skuasy, kompleks sukan, gimnasium, dan lain-lain kemudahan sukan.


Taman Tasik Titiwangsa mempunyai keluasan iaitu 46.13 hektar atau 114 ekar yang terletak 3 km dari pusat bandar dan dibuka dengan rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein Onn. Sebelumnya dinamakan Taman Jalan Kuantan. Nama Taman Tasik Titiwangsa dipilih memandangkan Titiwangsa adalah banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Nama tersebut dirasakan sesuai kerana pemandangan tanah datar kawasan taman itu serta kehijauannya menggambarkan suasana pemandangan dan

iklim banjaran gunung tersebut. Kerja-kerja membinanya telah bermula pada tahun 1975.


Bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-6, Bandar Kuala Lumpur, Datuk Bandar Tan Sri Yaakub Latiff berharap Taman Tasik Titiwangsa menjadi kemegahan Kuala Lumpur dan dapat memenuhi keperluan beriadah kepada penduduk di sekitarnya seperti di Ulu Kelang, Datuk Keramat, Kampung Bharu, Jalan Pekeliling, Jalan Pahang, Sentul, Setapak, Gombak dan Batu Caves.


Perdana Menteri ketika itu berkata dengan nama Taman tasik Titiwangsa yang baik akan tercapailah hasrat dan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar dalam taman. Dengan adanya taman ini, masyarakat Kuala Lumpur tidak lagi akan tertumpu di satu-satu taman sahaja untuk beristirehat pada hujung minggu dan musim cuti.


Kawasan ini merupakan kawasan semulajadi di mana tasik utama adalah bekas lombong dan manakala landskap daratannya di tanam pokok-pokok bunga dan pokok-pokok rendang bagi mengekalkan suasana malar hijau.


Pada tahun 2019 taman ini telah dinaiktaraf sepenuhnya dengan menerapkan pelbagai elemen yang bersesuaian untuk warga kota datang beriadah. Taman ini juga menjadi ikon utama yang mesti dikunjungi para pelancong dari dalam dan luar negara jika berada di Kuala Lumpur. Kemudahan baru yang ditambah adalah Taman Air Kanak-Kanak, Kanopi Banjaran Titiwangsa dan Laman Kerawang (Taman Maze).


Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit.


Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.


Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga. Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176393.


Logo DBKL
background grey

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

03 2617 9000

03 2698 0460

Jumlah Pelawat

Hari Ini:

0

Keseluruhan:

0

Kemaskini Terakhir:

15/04/2026

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ISO