July 18th, 2025 by Admin JPRK
YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, telah turun padang ke Bazaria Wangsa Maju pada hari ini bagi meninjau perkembangan terkini di kawasan tersebut, khususnya berkaitan proses pemindahan penjaja dari tapak asal mereka di Uptown Danau Kota (Bazaria Larut Malam).
Lawatan ini merupakan sebahagian daripada komitmen DBKL dalam memastikan kelancaran proses pemindahan serta menjamin kebajikan dan kesinambungan perniagaan para penjaja yang terlibat. Dalam sesi tinjauan tersebut, beliau meneliti aspek susun atur gerai, kemudahan asas yang disediakan, keselesaan pelanggan, serta keadaan persekitaran secara menyeluruh.
Diharapkan penempatan semula ke Bazaria Wangsa Maju ini dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif, selesa dan tersusun untuk para penjaja, di samping menarik kehadiran lebih ramai pengunjung serta merancakkan aktiviti ekonomi setempat.
|
|
|
|
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Hari Ini:
0
Keseluruhan:
0
Kemaskini Terakhir:
16/04/2026
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas
Hak Cipta Terpelihara. © 2023 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)